Kemampuan Nabi Sulaiman untuk menundukkan jin dan memperkerjakan mereka serta hubungan mereka dengannya, semua ini menimbulkan fitnah di tengah-tengah manusia dalam hal tertentu, dan kematian Sulaiman merupakan batasan (jawapan) terhadap fitnah ini. Kami tidak mengetahui siapa yang mengklaim bahawa jin mengetahui hal yang ghaib, apakah itu syaitan yang terkutuk atau jin yang bodoh atau manusia yang tertipu. Kami tidak mengetahui siapa yang bertanggungjawab terhadap tersebarnya isu yang keliru ini. Yang kita ketahui adalah, bahawa hal tersebut tersebar dan mempengaruhi sebahagian manusia dan jin. Barangkali manusia berkata kepada diri mereka: Selama jin melakukan perbuatan yang luar biasa ini, maka apa gerangan yang menjadikan mereka tidak mengetahui hal yang ghaib itu.
Manusia
itu lupa bahawa kunci keghaiban berada di tangan Allah s.w.t. Masalah ilmu ghaib
tidak akan mampu dikuasai oleh jin, manusia, para nabi, dan semua makhluk. Hanya
Dia yang mengetahuinya. Allah s.w.t telah merencanakan bahawa kematian Sulaiman
pun bertujuan untuk menghancurkan pemikiran ini, yaitu pemikiran bahawa jin
mengetahui hal yang ghaib. Jin bekerja untuk Nabi Sulaiman selama beliau hidup,
dan tatkala beliau meninggal, maka tugas mereka menjadi bebas. Nabi Sulaiman
meninggal tanpa diketahui oleh jin sehingga mereka tetap bekerja untuknya.
Mereka tetap mengabdi kepada Sulaiman. Seandainya mereka mengetahui hal yang
ghaib nescaya mereka tidak meneruskan pekerjaan mereka.
0 komentar:
Posting Komentar